Hukum Nun Mati Dan Tanwin
Hukum Nun Mati dan Tanwin
Pengertian Nun Sakinah dan Tanwin:
Nun Sakinan النون الساكنة ialah nun sukun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Tanwin التنوين ialah baris dua sama ada baris dua di atas (fathatan), baris dua dibawah (kasratan), atau baris dua di hadapan (dhommatan).
Terdapat empat hukum bagi Nun Sakinah dan Tanwin apabila bertemu huruf-huruf al-Quran:
IZHAR HALQI- إظهار الحلقي
Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong. Dari segi istilah, izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.
Terdapat 6 huruf izhar halqi kesemuanya, iaitu: أ, هـ, ع, ح, غ , خ
Izhar bermaksud menjelaskan atau menzahirkan, oleh itu hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa mendengungkannya.
Huruf-huruf Izhar Halqi ini terhimpun dalam rangkai kata:
Izhar Halqi dapat dikenali dengan melihat nun Sakinah yang mempunyai tanda sukun di atasnya dan tanwin yang selari:
نْ ــًــ, ــٍــ, ــٌــ
Contoh-contohnya:
فَسَيُنْغِضُون – مِنْ غِلٍّ – وَالْمُنْخَنِقَةُ – مِنْ خَيْر – وَيَنْأَوْنَ – مِنْ أَجْرٍ – مُنْهَمِرٍ – مِنْ هَادٍ – أَنْعَمْتَ – مِنْ عِلْم – يَنْحِتُونَ – مِنْ حَكِيمٍ
Hai
ReplyDelete